Pada konvensyen KIK peringkat kebangsaan kali ke 30 tahun pada tahun 2013 yang diadakan pada 30/11/-3/12/2013 di Borneo Konvensyen Centre Kucing Kumpulan SURIA telah memenangi Anugerah KSN bagi kategori teknikal/kementerian.
Ahli SURIA berdoa kesyukuran diatas kemenangan SURIA |
laporan Akhbar mengenai kejayaan SURIA
Pelbagai anugerah dimenangi pada KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30
Posted on December 4, 2013, Wednesday
KUCHING: Dua kumpulan dari Pahang, Dimensi dan UK’s Global serta Synergy 10.1 dari Jabatan Perdana Menteri dan Suria dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masing-masing merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 2013, di sini semalam.
Dimensi dan UK’s Global mengungguli kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal manakala Synergy 10.1 dan SURIA mendominasi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil.
Selain itu, Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pula menyaksikan ia dinobatkan kepada Kumpulan Visa dari Pulau Pinang dan Spider dari Kedah bagi kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal serta N-Force dari Kementerian Pengangkutan dan Sauh dari Kementerian Kewangan bagi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.
Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,5000, piala serta sijil.Bagi Anugerah Ketua Pengarah MAMPU yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil, penerimanya terdiri daripada Sihat XV dari Wilayah Persekutuan dan Pasti dari Perak bagi kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal serta Peka dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Hortus dari Kementerian Wilayah Persekutuan bagi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.
Sementara, Anugerah Pengarah INTAN (Pameran Terbaik) dan Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Persembahan Terbaik) masing-masing dirangkul oleh kumpulan Solveo-Oleo dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan X-Park dari Selangor.Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah berupa piala dan sijil.
Kumpulan Sihat XV dari Wilayah Persekutuan (kategori Pengurusan) dan Flash One dari Kementerian Pertahanan (kategori Teknikal) pula masing-masing muncul sebagai penerima Anugerah 1 Inovasi dengan membawa pulang hadiah khas.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Wira Omar Kaseh dan Pengarah INTAN Datuk Dr Halim Man.
Ahli SURIA bersiap sedia untuk membuat persembahan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan