Sabtu, 14 September 2013

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2013

SESI PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2013

Tarikh: 12 September 2013
Tempat: Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya
12 September 2013 - Sesi Penutupan dan Penyampaian Hadiah Konvensyen KIK Tahun 2013 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Ismail Sabri Yaakob Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya.




Keratan akhbar Berita Harian Sabtu 15 September 2013 Kumpulan SURIA
Johan Kategori Teknikal,Persembahan Terbaik dan Fasilitator Terbaik 


YB Menteri meminum susu yang dipasteur dengan PASTURIA
Harian Metro -Jumaat 13/09/2013


KIK tingkat fungsi MOA
Font: [ BB B M S ]
Nasional Nasional 2013-09-14 04:58 Click: 38 Disediakan oleh Berita Harian
Rangsang golongan petani, penternak dan nelayan tambah hasil pengeluaran Putrajaya: Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mampu meningkat sistem penyampaian agensi serta jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam memodenkan sektor pertanian negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu banyak membantu golongan petani, penternak dan nelayan menambah hasil pengeluaran serta pendapatan bulanan mereka. Jelas beliau, penganjuran KIK juga membolehkan warga kementerian menghasilkan ciptaan dan inovasi bagi memudahkan kerja-kerja harian termasuk berurusan dengan orang ramai selaku pelanggan. “KIK ini bukan hanya sekadar medan mencari inovasi tetapi lebih kepada misi transformasi dalam kementerian di mana pelbagai pembaharuan diwujudkan bagi memperkasa aspek pengurusan dan mutu penyampaian kementerian ini. Naik taraf perkhidmatan “Usaha ini wajar diteruskan sebagai satu proses penyelesaian masalah, sekali gus menaik taraf sistem perkhidmatan kementerian dan agensi di bawahnya secara kreatif lagi inovatif. “Adalah diharapkan perkongsian hasil dalam konvensyen ini dapat memberi manfaat dan sumbangan secara langsung kepada pelanggan kementerian terutama golongan sasar seperti petani, penternak dan nelayan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang KIK, di sini semalam. 

Konvensyen tiga hari yang bermula 10 September (Selasa) sehingga 12 September (Khamis) bertujuan meningkatkan kualiti serta produktiviti kakitangan MOA selain menambah baik sistem penyampaian mereka kepada pelanggan. Pada majlis itu, Kumpulan Suria mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kota Bharu, Kelantan, yang mencipta alat pempasturan susu kambing dikenali sebagai Pasturia muncul juara kategori teknikal dan persembahan terbaik. Kumpulan Glamour Revolusi mewakili Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor muncul juara kategori pengurusan sempena KIK peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Tak sangka menang Selaku juara, Kumpulan Suria dan Glamour Revolusi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan piala iringan selain dipilih mewakili kementerian ke Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak, Disember ini. 

Wakil Kumpulan Suria merangkap Penolong Pegawai JPV Kota Bharu, Zailani Hussin berkata, pihaknya tidak menyangka peralatan pempasturan susu kambing yang dicipta dengan modal RM530 seunit kira-kira tiga bulan lalu membolehkan mereka menang kategori teknikal sekaligus melayakkan mereka mewakili kementerian ke pertandingan peringkat kebangsaan tidak lama lagi. 

INFO: Keputusan KIK MOA 2013 Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Pengurusan) - Suhaimi Abdul Hamid dari Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Teknikal) - Abd Halim Mohamed dari Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan) Anugerah Projek Terbaik - Kumpulan Karisma (MARDI) Anugerah Khas Juri - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Kategori Pameran Terbaik - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Kategori Persembahan Terbaik - Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan) Pemenang Keseluruhan Kategori Pengurusan - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Keseluruhan Kategori Teknikal - Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan)




KONVENSYEN KIK JABATAN PERKHIDMATAN VETEINAR MALAYSIA 2013



Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Tahun 2013 yang diadakan pada 25 - 26 Jun 2013 di Negeri Sabah, telah dirasmikan pembukaanya oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, bertempat di Dewan Ballroom Shangri-La's Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu.

Acara persembahan oleh kumpulan-kumpulan KIK telah berlangsung di Dewan Ballroom, Wisma Wanita Sabah, Likas, Kota Kinabalu dengan barisan panel penilai dari MAMPU Sabah, SIRIM Sabah dan MPC Sabah.

Manakala majlis penyampian hadian dan penutupan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr Abd Aziz bin Jamaluddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, bertempat di Dewan Ballroom Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Urusetia Konvensyen KIK ingin mengucapkan dan merakam jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Negeri Sabah serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah memberikan segala kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan Konvensyen KIK DVS 2013 ini.


Kumpulan SURIA Johan Kategori Teknikal Konvensyen KIK JPV Malaysia 2013
Kota Kinabalu ,Sabah 24-26 Julai 2013


JOHAN KATEGORI TEKNIKAL MENERIMA WANG TUNAI RM5,000.00,PIALA PUSINGAN BERNILAI RM1,500.00 ,PIALA IRINGAN BERNILAI RM300.00 DAN SIJIL PENYERTAAN