Selasa, 10 Disember 2013

SAMBUTAN HARI INOVASI MOA 2013



Majlis sambutan Hari Inovasi MOA 2013 telah diadakan pada 10 Disember 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani.Kumpulan KIK Suria diberi penghormatan khas pada majlis itu diatas pencapaian sebagai juara kategori teknikal/kementerian.











Khamis, 5 Disember 2013

KIK HYBRID


KIK Hybrid penuhi keperluan pelanggan
Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 04-Dec-2013

KUCHING, Selasa Konsep baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam kalangan penjawat awam ditambah baik seiring dengan keperluan pelanggan apabila memperkenalkan KIK Hybrid. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, KIK Hybrid merupakan satu proses transformasi dalam KIK yang di peringkat awal pelaksanaan dan garis panduannya akan diperkenalkan sedikit masa lagi.

“Bagaimanapun, perbincangan bagi pelaksanaan konsep tersebut sudah mula dilakukan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan beberapa agensi berkaitan.

Justeru, semua jabatan perlu mengorak langkah yang proaktif dengan meneliti garis panduan berkenaan,” katanya. Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pada majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 yang bertemakan ‘Membudaya Inovasi, Merealisasi Transformasi’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Ali Hamsa menambah, pendekatan ini merupakan permulaan bagi mewujudkan jaringan kerjasama lebih banyak antara jabatan dan rakan strategik dalam pelaksanaan KIK Hybrid.

“Oleh itu, kita memansuhkan karenah birokrasi, peraturan lama dan proses kerja yang kurang relevan agar mampu melonjak lagi pembudayaan KIK dalam perkhidmatan awam. Menerusi konsep baharu ini juga, pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dapat dikongsi bersama bagi menggerakkan daya inovasi penjawat awam,” jelasnya. B eliau menambah, landskap inovasi perkhidmatan awam harus diperkukuh melalui inspirasi dan cara berfikir yang lebih kritikal dan analitikal untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Anugerah Ketua Setiausaha Negara Peringkat Negeri bagi kategori Pengurusan dimenangi oleh Kumpulan Dimensi manakala kategori teknikal dimenangi Kumpulan UK’S Global masing- masing dari Pahang dan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, piala juga sijil penyertaan.

Bagi kategori pengurusan dan teknikal di peringkat kementerian pula dimenangi oleh Kumpulan Synergy 10.1 dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kumpulan Suria dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masingmasing membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, piala serta sijil penyertaan.

Anugerah lain yang turut dipertandingkan ialah Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Anugerah Ketua Pengarah MAMPU dan Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri dengan penyertaan daripada 52 buah kumpulan. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morsihidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Wira Omar Kaseh dan Pengarah INTAN, Dato’ Dr. Halim Man.

Rabu, 4 Disember 2013

SURIA DIANUGERAHKAN KEHEBATAN SEBAGAI JUARA KIK KE 30


Pada konvensyen KIK peringkat kebangsaan kali ke 30 tahun pada tahun 2013 yang diadakan pada 30/11/-3/12/2013 di Borneo Konvensyen Centre Kucing Kumpulan SURIA telah memenangi Anugerah KSN bagi kategori teknikal/kementerian.








Ahli SURIA berdoa kesyukuran diatas kemenangan SURIA


laporan Akhbar  mengenai kejayaan SURIA

Pelbagai anugerah dimenangi pada KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30

Posted on December 4, 2013, Wednesday

KUCHING: Dua kumpulan dari Pahang, Dimensi dan UK’s Global serta Synergy 10.1 dari Jabatan Perdana Menteri dan Suria dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masing-masing merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 2013, di sini semalam.

Dimensi dan UK’s Global mengungguli kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal manakala Synergy 10.1 dan SURIA mendominasi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil.

Selain itu, Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pula menyaksikan ia dinobatkan kepada Kumpulan Visa dari Pulau Pinang dan Spider dari Kedah bagi kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal serta N-Force dari Kementerian Pengangkutan dan Sauh dari Kementerian Kewangan bagi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.

Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,5000, piala serta sijil.Bagi Anugerah Ketua Pengarah MAMPU yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil, penerimanya terdiri daripada Sihat XV dari Wilayah Persekutuan dan Pasti dari Perak bagi kategori Negeri / Pengurusan dan Teknikal serta Peka dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Hortus dari Kementerian Wilayah Persekutuan bagi kategori Kementerian / Pengurusan dan Teknikal.

Sementara, Anugerah Pengarah INTAN (Pameran Terbaik) dan Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Persembahan Terbaik) masing-masing dirangkul oleh kumpulan Solveo-Oleo dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan X-Park dari Selangor.Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah berupa piala dan sijil.

Kumpulan Sihat XV dari Wilayah Persekutuan (kategori Pengurusan) dan Flash One dari Kementerian Pertahanan (kategori Teknikal) pula masing-masing muncul sebagai penerima Anugerah 1 Inovasi dengan membawa pulang hadiah khas.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Wira Omar Kaseh dan Pengarah INTAN Datuk Dr Halim Man.

Print Friendly



Ahli SURIA bersiap sedia untuk membuat  persembahan



Jumaat, 29 November 2013

MENGGALAS CABARAN DI KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2013


Pada Jumaat 28/11/13 jam 6.45 pagi 10 orang ahli kumpulan Suria bersama fesinya telah berangkat ke Kucing,Serawakbagi menghadiri Konvensyen KIK peringkat kebangsaan kali 30  pada 30/11-03/12 2013. Berlepas menaiki MAS MH 1427 Kota Bharu ke KLIA dan MH 2564 KLIA ke Kucing .Kami disediakan tempat penginapan 5 bintang di Hotel Riverside Majestic oleh MOA. Kami Kumpulan Suria mengucapkan ribuan terima kasih kepada urusetia MOA diatas layanan yang diberi. 



latihan intensif SURIA di bilik 1510 Hotel Riverside Majestic


18/11/2013 8.30 pm - 10.45 pm

Persediaan terakhir KIK Suria sebelum ke Sarawak: Sessi bimbingan bagi mendapatkan tips yg penting utk persembahan, pameran & viva bersama pakar KIK (Dr. Haji Mat Salleh, Pengarah Hospital P. Mas). Terima kasih. Bos kami Dr. Haji Madzlan pun amat komited sampai sanggup tunggu hingga tengah malam utk bersama beri sokongan.





Isnin, 30 September 2013

PASTURIA MENDAPAT PERHATIAN DARI EXCO PERTANIAN,INDUSTRI DESA,BIOTEKNOLOGI DAN TEKNOLOGI HIJAU KERAJAAN NEGERI KELANTAN


PASTURIA MENDAPAT PERHATIAN PENGUNJUNG DI GERAI PAMERAN
ALATAN INDUSTRI ASAS TANI SEMPENA HPPN NEGERI KELANTAN 2013


YB Exco dan En. Zailani (Ketua Kumpulan SURIA) bergambar
bersama PASTURIA.





Selasa, 24 September 2013

HADIAH UNTUK FASILITATOR DARI AHLI SURIA


Pada pagi 23 September 2013 Fasilitator kami yang dedikasi telah menerima hadiah sebuah komputer riba yang baru sumbangan dari ahli KIK SURIA.Sumbangan yang tidak seberapa ini adalah sebahagian dari penghargaan kami ahli SURIA kepada Fasilitator kami yang sangat berjasa   membawa SURIA menjuarai Kategori teknikal Konvensyen KIK JPV dan  Konvensyen KIK Peringkat MOA 2013.


Ketua Kumpulan SURIA En.Zailani menyampai Laptop baru
kepada En. Abd.Halim Fasilitator kumpulan pada pagi 23/09/2013





Rabu, 18 September 2013

KONVENSYEN KIK PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2013







Konvensyen KIK Sektor Awan peringkan Negeri Kelantan bagi tahu 2013 telah diadakan pada 18-19 September 2013 bertempat di Dewan Teratai SUK.Sebanyak 16 pasukan menyertai Konvensyen KIK pada tahun ini. Kumpulan SURIA dijadual mempersembahkan projek pada jam 11.40 pagi 19.09.2013.




Ahli SURIA dalam sessi viva di Konvensyen KIK Sektor Awam
Peringkat Negeri Kelantan 2013 




Koodinator KIK JPV Malaysia turut hadir pada
Konvensyen KIK Negeri Kelantan 2013


Pada Konvensyen kali ini SURIA hanya mendapat kemenagan NAIB JOHAN  Kategori Teknikal dengan membawa pulang piala dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.00.








Sabtu, 14 September 2013

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2013

SESI PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2013

Tarikh: 12 September 2013
Tempat: Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya
12 September 2013 - Sesi Penutupan dan Penyampaian Hadiah Konvensyen KIK Tahun 2013 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Ismail Sabri Yaakob Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani, Putrajaya.




Keratan akhbar Berita Harian Sabtu 15 September 2013 Kumpulan SURIA
Johan Kategori Teknikal,Persembahan Terbaik dan Fasilitator Terbaik 


YB Menteri meminum susu yang dipasteur dengan PASTURIA
Harian Metro -Jumaat 13/09/2013


KIK tingkat fungsi MOA
Font: [ BB B M S ]
Nasional Nasional 2013-09-14 04:58 Click: 38 Disediakan oleh Berita Harian
Rangsang golongan petani, penternak dan nelayan tambah hasil pengeluaran Putrajaya: Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mampu meningkat sistem penyampaian agensi serta jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam memodenkan sektor pertanian negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu banyak membantu golongan petani, penternak dan nelayan menambah hasil pengeluaran serta pendapatan bulanan mereka. Jelas beliau, penganjuran KIK juga membolehkan warga kementerian menghasilkan ciptaan dan inovasi bagi memudahkan kerja-kerja harian termasuk berurusan dengan orang ramai selaku pelanggan. “KIK ini bukan hanya sekadar medan mencari inovasi tetapi lebih kepada misi transformasi dalam kementerian di mana pelbagai pembaharuan diwujudkan bagi memperkasa aspek pengurusan dan mutu penyampaian kementerian ini. Naik taraf perkhidmatan “Usaha ini wajar diteruskan sebagai satu proses penyelesaian masalah, sekali gus menaik taraf sistem perkhidmatan kementerian dan agensi di bawahnya secara kreatif lagi inovatif. “Adalah diharapkan perkongsian hasil dalam konvensyen ini dapat memberi manfaat dan sumbangan secara langsung kepada pelanggan kementerian terutama golongan sasar seperti petani, penternak dan nelayan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang KIK, di sini semalam. 

Konvensyen tiga hari yang bermula 10 September (Selasa) sehingga 12 September (Khamis) bertujuan meningkatkan kualiti serta produktiviti kakitangan MOA selain menambah baik sistem penyampaian mereka kepada pelanggan. Pada majlis itu, Kumpulan Suria mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kota Bharu, Kelantan, yang mencipta alat pempasturan susu kambing dikenali sebagai Pasturia muncul juara kategori teknikal dan persembahan terbaik. Kumpulan Glamour Revolusi mewakili Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor muncul juara kategori pengurusan sempena KIK peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Tak sangka menang Selaku juara, Kumpulan Suria dan Glamour Revolusi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan piala iringan selain dipilih mewakili kementerian ke Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak, Disember ini. 

Wakil Kumpulan Suria merangkap Penolong Pegawai JPV Kota Bharu, Zailani Hussin berkata, pihaknya tidak menyangka peralatan pempasturan susu kambing yang dicipta dengan modal RM530 seunit kira-kira tiga bulan lalu membolehkan mereka menang kategori teknikal sekaligus melayakkan mereka mewakili kementerian ke pertandingan peringkat kebangsaan tidak lama lagi. 

INFO: Keputusan KIK MOA 2013 Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Pengurusan) - Suhaimi Abdul Hamid dari Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Anugerah Fasilitator Terbaik (Kategori Teknikal) - Abd Halim Mohamed dari Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan) Anugerah Projek Terbaik - Kumpulan Karisma (MARDI) Anugerah Khas Juri - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Kategori Pameran Terbaik - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Kategori Persembahan Terbaik - Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan) Pemenang Keseluruhan Kategori Pengurusan - Kumpulan Glamour Revolusi (Jabatan Pertanian Daerah Klang, Selangor) Pemenang Keseluruhan Kategori Teknikal - Kumpulan Suria (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan)




KONVENSYEN KIK JABATAN PERKHIDMATAN VETEINAR MALAYSIA 2013



Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Tahun 2013 yang diadakan pada 25 - 26 Jun 2013 di Negeri Sabah, telah dirasmikan pembukaanya oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, bertempat di Dewan Ballroom Shangri-La's Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu.

Acara persembahan oleh kumpulan-kumpulan KIK telah berlangsung di Dewan Ballroom, Wisma Wanita Sabah, Likas, Kota Kinabalu dengan barisan panel penilai dari MAMPU Sabah, SIRIM Sabah dan MPC Sabah.

Manakala majlis penyampian hadian dan penutupan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr Abd Aziz bin Jamaluddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, bertempat di Dewan Ballroom Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Urusetia Konvensyen KIK ingin mengucapkan dan merakam jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Negeri Sabah serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah memberikan segala kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan Konvensyen KIK DVS 2013 ini.


Kumpulan SURIA Johan Kategori Teknikal Konvensyen KIK JPV Malaysia 2013
Kota Kinabalu ,Sabah 24-26 Julai 2013


JOHAN KATEGORI TEKNIKAL MENERIMA WANG TUNAI RM5,000.00,PIALA PUSINGAN BERNILAI RM1,500.00 ,PIALA IRINGAN BERNILAI RM300.00 DAN SIJIL PENYERTAAN






Sabtu, 7 September 2013

AUDIT DOKUMEN PROJEK SURIA

Pada 03 September 2013 3 oramg pegawai panel audit dari Kementerian Pertanian Malaysia  yang diketuai  oleh En.Zakaria bin Shaaban telah datang ke JPVNK untuk meninjau dari dekat projek SURIA serta menjalankan audit keatas dokumen projek SURIA sempena Konvensyen KIK peringkat Kementerian 2013.


PEMERIKSAAN PASTURIA OLEH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAANPEKERJAAN


Pada  18 Ogos 2013 Kumpulan SURIA telah membawa PASTURIA untuk diperiksa tahap keselamatan oleh Jabatan Keselamatan Dan kesihataan Pekerjaan Kelantan.
Pegawai JKKP sedang meneliti dan memeriksa alat PASTURIA



Jumaat, 6 September 2013

KONVENSYEN KIK BAGI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2013


Selepas menghadiri Konvensyen KIK peringkat Kementerian Pertanian 2013 pada 10-12 September ini,SURIA sekali lagi akan bertarung dalam Konvensyen KIK bagi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan tahun 2013.

Surat pelawaan dari SUK

KONVENSYEN KIK KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA 2013



Cabaran SURIA dalam Konvensyen KIK Peringkat Kementerin Pertanian Malaysia 2013


Senarai pencabar SURIA 2013





Teks laporan Projek SURIA untuk Konvensyen KIK    Peringkat Kementerin Pertanian Malaysia 2013

Sabtu, 27 Julai 2013

LATARBELAKANG KUMPULAN


Kumpulan Kreatif dan Inovatif( KIK) SURIA Ditubuhkan pada  3 Januari 2010.Kumpulan SURIA dianggotai oleh 8 orang ahli terdiri dari kakitangan di Bahagian Industri Ternakan,Perkhidmatan Veterinar Jajahan,Bahagian Kesihatan Awam Veterinar dan Unit Perkhidmatan Indsutri Tenusu.



Ahli kumpulan SURIA 2013
Fasilitator  :                         En Abd  Halim bin Mohamed
Ketua Kumpulan :             En Zailani Hj Hussin

Setiausaha

Hjh Normala binti Tukiban 

 Ahli 

1.Hassan bin Zainudin
2.Mohd Nasir bin Mahmood
3.Zainaini binti Hassan
4.Nik Badrol Hisham bin Nik Jaafar
5.Mohammad Razli bin Abdullah
6.Azmi bin Abdullah
7.Wan Mohd Farid bin Wan Mohd Fauzi
8.Mardiyah binti Abdul Hamid
 





CARTA ORGANISASI JABATAN PERKHIDMATAN VTERINAR 
NEGERI KELANTAN







CARTA KEAHLIAN SURIA







JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT SURIA






Ahli SURIA bermesyuarat di Bilik Mesyuarat JPVNK



PENGAGIHAN TUGAS AHLI SURIA