Selasa, 22 April 2014

KURSUS PENGENDALIAN PROJEK INOVASI JABATAN BIL.1 TAHUN 2014

Pada 21 April 2014 sessi kursus berkaitan dengan pengendalian projek inovasi Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Kijang JPVNK.Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JPVNK telah menghadiri kursus ini.Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr.Hj.Madzlan bin Mohd Salleh Ketua Bahagian Industri selaku pengerusi Jawatankuasa Induk Kualiti JPVNK.

Dr.Madzlan sedang memberi taklimat program Inovasi  JPVNK 2014 kepada peserta


Peserta sedang menjalankan berbengkel dan meneliti projek inovasi yang akan dijalankan semas sessi kursus ini
Fasilitator dan sebahagian ahli SURIA terlibat secara aktif dalam sessi kursus kali ini.Sebanyak 5 pasukan KIK telah memulakan merangka projek-projek yang akan dijalankan.

Sabtu, 12 April 2014

SURIA DIBERI PENGHORMATAN DI SOFT LAUNCH MAHA DAN HPPNK 2014


Soft Launch MAHA dan HPPNK 2014 telah diadakan di Hall 2,MAEPS Serdang pada 10 April 2014.Program ini dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.Kumpulan SURIA diberi penghormatan bagi mempamirkan inovasi PASTURIA yang di menagangi dalam Konvensyen KIK peringkat kebangsaan 2013.

Inovasi PASTURIA ini telah menarik minat pengunjung dan tetamu kehormat YB EXCO Pertanian Negeri Kelantan dan YH. Dato' Dr. Mohd Azmei Timbalan Ketua Pengarah DVS Malayisia.

YB Dato' Exco Pertanian Negeri Kelantan dan YH.Dato' TKP DVS bersama kumpulan SURIA 
di Soft Launch MAHA dan HPPNK 2014 MAEPS 10.4.2014.


Kiri : Surat jemputan Kanan: PASTURIA Gah di Soft Launch MAHA 2014.


MESYUARAT PERSIAPAN KE SOFT LAUNCH MAHA DAN HPPNK 2014


Pada hari Ahad 6/4/14 Kumpulan SURIA telah mengadakan mesyuarat ringkas bagi membincang penglibatan SURIA dalam majlis Soft Launch MAHA DAN HPPNK 2014 di MAEPS Serdang pada 9-10/4/14.Mesyuarat bersetuju menghantar  5 orang ahli untuk menghadiri majlis tersebut bagi mempamir dan mempromosikan alat PASTURIA.


Ahli SURIA yang menghadiri persiapan Soft Launch MAHA DAN HPPNK 2014di JPVNK